Monday, December 18, 2006

Tips Kekalkan Kelembapan Otak

Otak yang lembab bagi umat Islam sangat disukai oleh ramai orang terutama musuh Islam. Dengan mempunyai otak yang lembab, musuh sentiasa selesa kerana tanpa otak yang lembab, umat Islam akan maju ke hadapan dan membina tamadun seperti mana yang pernah berlaku zaman dahulu, tatkala ketika itu umat Islam tidak selembab kini. Anda perlu berbangga dengan otak yang lembab kerana akan disukai syaitan dan iblis. Di sini, saya sudi untuk berkongsi tips-tips untuk mengekalkan kelembapan otak. Amalkan selalu insyallah berkesan.

- Sentiasa mendengar lagu-lagu dan berhibur. Sekalipun anda mendengar nasyid, sekiranya anda sentiasa berhibur, nescaya otak anda dapat kekalkan tahap kelembapannya.

- Sentiasa ambil tahu perkembangan artis. Setiap perkembangan artis daripada A sampai Z perlu diambil tahu. Artis ditangkap basah, menjala ikan, membasuh kain di dobi, bersin lebih lapan kali, tidak dapat tidur malam, terlupa berus gigi, tidak mencuci tandas, semua berita itu penting. Untuk ini, anda disarankan membaca majalah MANGGA, HAI, URTV dan yang seangkatan dengannya, seperti akhbar sisipan kecil setiap hari Ahad dalam MINGGUAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN. Rancangan TV pula yang terbaik untuk ini ialah MELODI.

- Selalu tengok Akademi FantaSIAL lagi CELAKA, atau program seumpamanya. Program sebegini, menurut pakar, menjadi pemakin kepada kelembapan otak bertahan lama, bahkan boleh menjadi darah daging genetik anda.

- JANGAN BACA BUKU ILMIAH. Ini pantang larang utama. Jika ke kedai buku, beli lah novel-novel yang ada unsur cinta. Jika baca buku ilmiah, otak anda akan kering dan tidak lagi lembab. Justeru, bacalah novel2 cinta yang banyak di pasaran. Teknik ini telah lama diamalkan oleh mereka yang lembab otaknya.

- JANGAN BERDISKUSI ILMIAH. Ini pantang larang kedua. Berdiskusi tajuk-tajuk imiah dengan kawan-kawan turut memberi kesan mengurangkan tahap kelembapan otang. - Utamakan perkara-perkara tentang cinta antara lelaki dan wanita sewaktu umur seawal 15 tahun.

- Selalu tengok cerita korea di tv, mahupun beli sahaja CD citer korea.

- Selalu tengok cerita hindustan.

AMALKAN.... INSYALLAH... MUJARABBBBBBBBBBBBBBBBBBB............

more ~
http://sahabathijjaz.net.my/portal/viewtopic.php?t=1954

No comments: