Wednesday, December 20, 2006

MUSLIMAH PERTAMA YG MENUTUP AURAT MENANG EMAS DI DOHA

Petikan pendpt seorang penulis:

Ruqaya: 'Come on SIS, you can do it too'

LanH
Tue Dec 12, 06 07:38:28 AM

Tanggal 11 Disember 2005 penulis berangkat ke Tanah Suci, menunaikan haji. Setahun berlalu, rasanya seolah-olah baru semalam berlaku. Musim haji ini, ketika jutaan jemaah berpusu-pusu di kota suci Makkah dan Madinah, di Doha, Qatar berlangsung Sukan Asia yang menyaksikan seorang Muslimah gigih mempertahankan 'maruah Islamnya' dari segi berpakaian. Beliau adalah pelari pecut Bahrain, Ruqaya Al-Ghasara yang menang emas larian 200 meter dan gangsa larian 100 meter.

Tidak menghairankan jika semua jemaah haji wanita 'berkelubung' di Tanah Suci. Yang menghairankan jika ada jemaah wanita yang tidak bertudung litup. Di pentas sukan pula terutama di peringkat antarabangsa, tidak menghairankan jika semua peserta wanita bagaikan tidak cukup kain ketika mengambil bahagian. Yang menghairankan ialah jika ada wanita berpakaian macam Ruqaya.

Sempena setahun penulis ke Tanah Suci, di ruang ini penulis mengambil kesempatan bermuhasabah diri, mengakui betapa tidak berdayanya diri untuk mengikuti dan mencontohi insan-insan gemilang seperti Ruqaya Al-Ghasara. Ruqaya adalah sebutir permata yang bersinar dalam selutan lumpur. Mungkin ada seorang Ruqaya dalam 1,000 atau satu juta insan yang mendabik dada mengaku Muslim.

Ruqaya yang aktif membabitkan diri dalam masyarakat adalah lebih baik daripada Ruqaya yang beruzlah - menjalankan tanggungjawab agama tetapi menyepikan diri, tidak bercampur gaul dengan masyarakat.


Penulis percaya untuk menjadi Ruqaya yang muncul di kaca TV dan dada-dada akhbar sebagai seorang juara lengkap dengan identiti Muslimahnya, pasti melalui 1,001 ranjau dan duri. Biarlah Ruqaya menjadi idola baru, menjadi contoh kepada anak-anak termasuk anak gadis penulis sendiri dalam bidang sukan. Tidak salah untuk bersukan - renangkah, gimramakah, larian pecutkah, bola jaringkah, bola tampar pantaikah - semuanya boleh dengan syarat mematuhi syariat agama.

Dua puluh tahun lalu, buat pertama kalinya penulis diperkenalkan dengan sukan renang. Di sekolah menengah penulis dulu, renang menjadi sebahagian daripada mata pelajaran PE (PJ-Pendidikan Jasmani). Biasalah untuk acara renang, budak lelaki kena pakai seluar katuk.

Penulis tahu ini bertentangan dengan agama. Tetapi tidak seperti Ruqaya yang mampu mempertahanan identiti Muslimnya sekalipun di peringkat begitu hebat (seperti Sukan Asia), penulis 'kantoi' - tidak berupaya mempertahankan kehendak agama.

Ni la dia Ruqaya...



No comments: