Saturday, December 30, 2006

Cinta Anta dan Anti

Artikel ni dah lama .. tp masih elok utk renungan bersama ..
Adakah kita juga tergolong dalam situasi di bawah ?? ..

Cinta Anta dan Anti
oleh Maszlee Malik

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dan hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing dijadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai ... kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham Ukhuwwah fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi.." sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka. Aduh .. lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga. Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga. Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari

Friday, December 29, 2006

next, next , next ...

Expression : be cool .. lol
Currently watching to : shoalin soccer

tinggal lebih kurang 4 hari aje lagi diri ini goyang kaki ..
lepas ni xde la nak lepak2 macam sekarang .. adeshh .. malu sungguh dengan diri sendiri ..
selamat tinggal blog ..
akan ku kembali pabila matlamat aku semakin menjadi nyata ..
TUNGGULAH ...

dan xlupe gak pada form 3 2006 SMKAS ..
ade peningkatan, bdk 9A tmbh lagi 2 orang ..
baguih2 .. moga2 100% lulus gak .. ape agaknye berita sbnr ..
ni lah salah satu aku berkobar-kobar ingin pantas ke alam nyata aku ..

matlamat / azam '07' ??
masih dalam penilaian ..
tak pasti nak ditubuhkan atau 'disambungkan'
mungkin lagi sempurna azam ni bermula pd thn 1428 h
rase2 majoriti azam aku tiap2 tahun serupa ...
konklusinya, aku tak capai lagi itu semua ...
yg penting TARBIYYAH ISLAMIYYAH tetap aku inginkan ..



Tuesday, December 26, 2006

Nasyid.FM

Sekiranya anda salah seorang yang menyokong perjuangan nasyid, apalah kiranya anda turut menyokong radio streaming yang dikelola oleh peminat nasyid sendiri

jadi Kepada anda yg nak mendengarkan Radio ini ( winamp )Boleh Klik URL ini : http://radio.nasyidfm.net/listen.pls

Anda Boleh menggunakan Windows Media Player Dengan klik URL Ini : http://radio.nasyidfm.net/listen.asx

Boleh layari laman webnya tetapi buat masa ini sedang diselenggara :http://nasyidfm.net







Cak ~!

Expression : anything
Currently listening to : Nasyid.FM

Lame rasenye x menapak kat sini. Rase malas je nk menaip sejak kebelakangan ni. Mungkin sebab banjir yg berlaku kat segamat ni mempengaruhi mesin bijak aku kot. Atau pun mungkin musim sekolah dah dekat bebenor.

Tentang banjir :
Aku mmg xsangke langsung hujan xberhenti-henti start isnin minggu lepas boleh sebabkn banjir paling teruk dalam sejarah. Kalo setahun 2 tahun lepas, ade gak banjir tp xde la seteruk ni. Memang terkejut le sampai teruk sekali. Mungkin konklusinye punce pembinaan berpulun-pulun bangunan baru kat segamat ni Konon nak maju. Maju memang dialu-alukan tapi strategi tarak buat ape. Sedih gak mengenangkan member-member yg kene. Camner la keaadan diorg bile balik sekolah nanti. Kalo aku yg xkene pun dah 'emo' ini kan yg kene. Apepun semue yg berlaku adalah takdir Allah. Kite x boleh buat pape. Nanti ingat nak upload sikit gambar-gambar sekitar seminggu banjir, tapi kene tunggu 'reuters' ciplak abes gune ...

Tentang sekolah :
Tarak semangat langsung. Berbeda sungguh dengan emosi aku mase tahun-tahun lepas. Adeesh .. maybe sebab eSPieM atau pun aku dah nak abes sekolah dah. Rase macam kejap je aku masuk alam sekolah menengah ni. Sayang rasenye nak tinggalkan sekolah. Walaupun kekadang aku rase mcm nk pindah sekolah, tp rase sayang aku tatap menebal. Adeesh .. diri aku sendiri pun ximproved langsung. Aku rase aku ni hangat-hangat taik ayam aje. Weyh ! Wake up le Ana ! Siape lg yg nk bangunkan ko kecuali ko sendiri. Ko x takut dengan Allah ke ? Siape la ko ni sbenarnye ? Jgn main2 la ..

Friday, December 22, 2006

This is my fav. FOREVER

Expression : average
Currently listening to : Damba Cinta Mu - Raihan

xsangke Raihan x pernah hilang dr diri aku ...
Raihan tetap kekal dgn membangkitkn rasa hamba hina dlm diri ..

Harini xade posting, xsempat maybe complete entries will arrive next, next n next days ...


Wednesday, December 20, 2006

MUSLIMAH PERTAMA YG MENUTUP AURAT MENANG EMAS DI DOHA

Petikan pendpt seorang penulis:

Ruqaya: 'Come on SIS, you can do it too'

LanH
Tue Dec 12, 06 07:38:28 AM

Tanggal 11 Disember 2005 penulis berangkat ke Tanah Suci, menunaikan haji. Setahun berlalu, rasanya seolah-olah baru semalam berlaku. Musim haji ini, ketika jutaan jemaah berpusu-pusu di kota suci Makkah dan Madinah, di Doha, Qatar berlangsung Sukan Asia yang menyaksikan seorang Muslimah gigih mempertahankan 'maruah Islamnya' dari segi berpakaian. Beliau adalah pelari pecut Bahrain, Ruqaya Al-Ghasara yang menang emas larian 200 meter dan gangsa larian 100 meter.

Tidak menghairankan jika semua jemaah haji wanita 'berkelubung' di Tanah Suci. Yang menghairankan jika ada jemaah wanita yang tidak bertudung litup. Di pentas sukan pula terutama di peringkat antarabangsa, tidak menghairankan jika semua peserta wanita bagaikan tidak cukup kain ketika mengambil bahagian. Yang menghairankan ialah jika ada wanita berpakaian macam Ruqaya.

Sempena setahun penulis ke Tanah Suci, di ruang ini penulis mengambil kesempatan bermuhasabah diri, mengakui betapa tidak berdayanya diri untuk mengikuti dan mencontohi insan-insan gemilang seperti Ruqaya Al-Ghasara. Ruqaya adalah sebutir permata yang bersinar dalam selutan lumpur. Mungkin ada seorang Ruqaya dalam 1,000 atau satu juta insan yang mendabik dada mengaku Muslim.

Ruqaya yang aktif membabitkan diri dalam masyarakat adalah lebih baik daripada Ruqaya yang beruzlah - menjalankan tanggungjawab agama tetapi menyepikan diri, tidak bercampur gaul dengan masyarakat.


Penulis percaya untuk menjadi Ruqaya yang muncul di kaca TV dan dada-dada akhbar sebagai seorang juara lengkap dengan identiti Muslimahnya, pasti melalui 1,001 ranjau dan duri. Biarlah Ruqaya menjadi idola baru, menjadi contoh kepada anak-anak termasuk anak gadis penulis sendiri dalam bidang sukan. Tidak salah untuk bersukan - renangkah, gimramakah, larian pecutkah, bola jaringkah, bola tampar pantaikah - semuanya boleh dengan syarat mematuhi syariat agama.

Dua puluh tahun lalu, buat pertama kalinya penulis diperkenalkan dengan sukan renang. Di sekolah menengah penulis dulu, renang menjadi sebahagian daripada mata pelajaran PE (PJ-Pendidikan Jasmani). Biasalah untuk acara renang, budak lelaki kena pakai seluar katuk.

Penulis tahu ini bertentangan dengan agama. Tetapi tidak seperti Ruqaya yang mampu mempertahanan identiti Muslimnya sekalipun di peringkat begitu hebat (seperti Sukan Asia), penulis 'kantoi' - tidak berupaya mempertahankan kehendak agama.

Ni la dia Ruqaya...



Tuesday, December 19, 2006

Cak~!

Expression : average+happy(s) =P
Currently listening to : Faizal Tahir collection (oldtillnow)

Hujan turun aje .. Harini genap le 3 hari berturut-turut hujan tanpe henti. Best mmg best pun. Sejuk je. Xyah bkk kipas. Jimat karen. Nak study pun masuk ( =P ). Tapi yg harunye .. kain xkering2 le. Abis sume palang kat rumah jd tmpt sidai. Adeshh .. harap smp luse ade lg baju nk pakai .. Pergh .. hujan2 mcm ni t'ingat plak memori lame. Bknnye slalu nk b'nostalgia. Mcm mane la kwn aku skrg. Buat ape la diorg cuti2 ni. Study ke ? Keje ke ?. Adeshh time korang ade aku xsyg pulak kat korang ek .. Sori morri yek =P .. Skool dh nk bkk .Skrg tgh countdown la aje. Hati ni mcm kene belah plak. Belah kanan kate : 'bestnye!' .Belah kiri plak kate : 'gile ke ape nak naik sekolah dah'. Haha .. mane satu aku nak ikot . Pejam celik, pejam celik aku dah nak abes sekolah dah .. lawak betol. Dah le xmatang2 lagi .Rase segan plak nk melangkah satu tahun lagi .Apepun ,pikir STUDY dulu le ..

-ANA-

Maha Karya Cinta

Faizal Tahir - Maha Karya Cinta

Why Teens Do Stupid Things

Teenagers do crazy things. They take drugs, have unprotected sex, ride with drunken drivers, and pretend to be asleep when it's time to do the dishes.

But it's not that they don't ponder the the potential consequences. In fact, a new study finds teens spend more time weighing risk than adults and in fact often overestimate the odds of a bad outcome. But the desire for acceptance among peers wins out in the decision-making process of a young mind.

Cornell University researcher Valerie Reyna and Frank Farley of Temple University conducted a review of scientific studies on the topics.

Compared to adults, teens take about 170 milliseconds more weighing the pros and cons of engaging in high-risk behavior, the researchers conclude. Adults scarcely think about risk, perhaps because they think they recognize risk intuitively. Teens, on the other hand, take time to mull the risk vs. benefit equation.

"In other words, more experienced decision-makers tend to rely more on fuzzy reasoning, processing situations and problems as gists [the essence of their actions] rather than weighing multiple factors," Reyna said.

Teens often decide that the benefits of risky behavior immediate gratification or peer acceptance—outweigh the risks, Reyna said. She figures its better to teach teens some "gist-based" thinking skills, such as putting risks into general categories rather than lecturing with specific data and details.

more ~ http://www.livescience.com/humanbiology/061214_teens_stupid.html


Monday, December 18, 2006

Tips Kekalkan Kelembapan Otak

Otak yang lembab bagi umat Islam sangat disukai oleh ramai orang terutama musuh Islam. Dengan mempunyai otak yang lembab, musuh sentiasa selesa kerana tanpa otak yang lembab, umat Islam akan maju ke hadapan dan membina tamadun seperti mana yang pernah berlaku zaman dahulu, tatkala ketika itu umat Islam tidak selembab kini. Anda perlu berbangga dengan otak yang lembab kerana akan disukai syaitan dan iblis. Di sini, saya sudi untuk berkongsi tips-tips untuk mengekalkan kelembapan otak. Amalkan selalu insyallah berkesan.

- Sentiasa mendengar lagu-lagu dan berhibur. Sekalipun anda mendengar nasyid, sekiranya anda sentiasa berhibur, nescaya otak anda dapat kekalkan tahap kelembapannya.

- Sentiasa ambil tahu perkembangan artis. Setiap perkembangan artis daripada A sampai Z perlu diambil tahu. Artis ditangkap basah, menjala ikan, membasuh kain di dobi, bersin lebih lapan kali, tidak dapat tidur malam, terlupa berus gigi, tidak mencuci tandas, semua berita itu penting. Untuk ini, anda disarankan membaca majalah MANGGA, HAI, URTV dan yang seangkatan dengannya, seperti akhbar sisipan kecil setiap hari Ahad dalam MINGGUAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN. Rancangan TV pula yang terbaik untuk ini ialah MELODI.

- Selalu tengok Akademi FantaSIAL lagi CELAKA, atau program seumpamanya. Program sebegini, menurut pakar, menjadi pemakin kepada kelembapan otak bertahan lama, bahkan boleh menjadi darah daging genetik anda.

- JANGAN BACA BUKU ILMIAH. Ini pantang larang utama. Jika ke kedai buku, beli lah novel-novel yang ada unsur cinta. Jika baca buku ilmiah, otak anda akan kering dan tidak lagi lembab. Justeru, bacalah novel2 cinta yang banyak di pasaran. Teknik ini telah lama diamalkan oleh mereka yang lembab otaknya.

- JANGAN BERDISKUSI ILMIAH. Ini pantang larang kedua. Berdiskusi tajuk-tajuk imiah dengan kawan-kawan turut memberi kesan mengurangkan tahap kelembapan otang. - Utamakan perkara-perkara tentang cinta antara lelaki dan wanita sewaktu umur seawal 15 tahun.

- Selalu tengok cerita korea di tv, mahupun beli sahaja CD citer korea.

- Selalu tengok cerita hindustan.

AMALKAN.... INSYALLAH... MUJARABBBBBBBBBBBBBBBBBBB............

more ~
http://sahabathijjaz.net.my/portal/viewtopic.php?t=1954

CaKk !~

Expression : average =P
Currently listening to :-non-

Cakk !~ Senyum ... ? Kadang2 org selalu salah sangke ape erti senyum niy .. Senang xyah senyum kan ? Haha merepek .. Tgh buang mase ni .Harini makan tido, makan tido . Nak tidak hari hujan .. waaah .. nikmat .Dan xlupe jugak kene marah. Huhuhu .. wajib ade .Bile lagi nk kene kaunseling free. Cuti2 gini le nk kene .Adehhs,, t'ingat plak nk sambut 2-0-0-7 ni. Nombor yg best. Dan peristiwa yang best pun akan berlaku .. eSPieM .. Bestnye !!~ =P